Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

TAHNIAH! Pertandingan Balapan dan Padang 1M1S Piala Menteri Pelajaran Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2012


Tahniah kepada kontijen sukan SMK Tun Indera kerana berjaya menggondol pingat yang dipertandingkan dalam Kejohanan Balapan dan Padang 1M1S Piala Menteri Pelajaran Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2012 yang diadakan pada 8 September 2012 di Padang SMK Jenagor. Kejayaan ini membolehkan pasukan P16 dipilih mewakili daerah Hulu Terengganu ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 27 dan 28 September 2012 di SMK Bukit Nenas, Setiu. Tahniah kepada murid yang berjaya serta En Azmi Mahmud selaku jurulatih yang komited membimbing sehingga mencapai kejayaan yang tidak disangka ini.



 







1 comment:

  1. assalamualaikum..boleh tanya, berapa masa yang diambil oleh juara balapan serta meter nya?

    ReplyDelete