Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

ALUAN PENGETUA

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah membina dan terus mengemaskini laman web sekolah kita. 
Laman ini diharapkan akan menjadi medan utama kepada warga sekolah untuk menyalurkan maklumat dan berkongsi pendapat untuk kebaikan sekolah kita. Harapan saya semoga laman ini terus dikemaskini oleh kita semua dengan maklumat terkini.


Sepanjang tahun 2012 banyak kejayaan yang telah kita capai di dalam akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Marilah kita semua guru guru dan pelajar Sekolah Menengah Tun Indera meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Sesungguhnya saya amat percaya guru kita ada keupayaan dan pelajar kita ada potensi untuk mencapai kejayaan sebagaimana yang dicapai oleh sekolah lain. 


Terima kasih

En. Che Wan Sulong bin Che Wan Ahmad
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Indera

21700 Kuala Berang
Terengganu