Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

Perincian Persekolahan Mengikut Penggal

Kumpulan A  ( Sekolah – sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu )

Kumpulan B ( Sekolah -sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Labuah dan Putrajaya )


Keputusan PMR 2012

Keputusan PMR telahpun diumumkan pada 19 Disember 2012. Secara keseluruhannya, pencapaian SMK Tun Indera berlaku sedikit penurunan Gred Purata iaitu 3.13 dan Peratus Kelulusan 44.44%. Beberapa subjek seperti BM, BI, Pend. Islam, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Pertanian mengalami penurunan dari aspek Gred Purata jika dibandingkan dengan pencapaian tahun sebelumnya. Namun begitu, bagi subjek Kemahiran Hidup KT dan ERT, kelulusan pelajar adalah 100%. Tiga pelajar yang mendapat 6A dan 5A iaitu :

1. Liyana Zulaikha Bt Ariffin - 6A 2B 
2. Muhamad Khairul Syazwan Bin Tahir - 6A 2B
3. Nan Syarifah Munirah Bt Megat Alias - 5A 2B 1C

Sekalung tahniah kepada yang berjaya dan tidak lupa penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah mencurahkan ilmu mendidik para pelajar ini. Bagi yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, jangan berputus asa, tebus kegagalan PMR dengan kejayaan SPM 2015.