Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

Selamat Kembali ke Sekolah


"Kepada semua warga SMKTI, tahun 2012 sedia menanti untuk kita memulakan sesi persekolahan baru dengan azam dan semangat yang diperbaharui. Marilah kita bersama meletakkan harapan untuk menjulang kecemerlangan sekolah dalam apa jua bidang dan pertandingan yang disertai." - Tn Hj Mohd Shariff bin Latiff, Pengetua SMKTI

Pelaksanaan Projek Perkhidmatan Rangkaian 1BestariNet

Pelaksanaan projek ini akan mengambil masa 1 tahun 3 bulan yang akan dilaksanakan secara berfasa mulai daripada 7 Dis 2011 hingga 7 Mac 2013.

Secara umumnya projek ini melibatkan pekara berikut :

1) Pemasangan LAN (menggunakan zoom dan donggle) - Di Sekolah
2) Pemasangan WAN (melibatkan Base Station) - Di Sekolah Atau Kawasan Yang Ada Perkhidmatan
3) Manage Security Service (Patches dan Antivirus di PC di sekolah)

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2012

Pendaftaran Bagi Pelajar Tingkatan 1 hingga 5 Sesi Persekolahan 2012 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 29.12.2011
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Dewan Tun Indera


Keputusan PMR Tahun 2011

Glitter Words

Pada tahun ini seramai 63 orang calon menduduki peperiksaan PMR. Secara keseluruhannya, keputusan PMR tahun 2011 meningkat dari segi peratus kelulusan serta peningkatan GPS. Peratus kelulusan PMR telah meningkat sebanyak 9.74% dan peningkatan GPS pula adalah sebanyak 0.46 berbanding tahun 2010. Kedudukan SMK Tun Indera dalam negeri turut lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesemua matapelajaran turut menunjukkan peningkatan kelulusan iaitu Bahasa Melayu (6.2%), Bahasa Inggeris (3.2%), Sejarah (19.6%), Geografi (1.7%), Matematik (16%), Sains (2.7%) dan Pendidikan Islam (11.5%).

Pihak sekolah merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada guru dan calon yang mendapat keputusan yang cemerlang. Bagi pelajar yang kurang bernasib baik, perbaiki dan tingkatkan usaha pada peperiksaan yang akan datang.

Berikut adalah perbandingan keputusan PMR tahun 2010 dan 2011 serta senarai 3 pelajar terbaik

Tahun

Semua A

% Semua A

% LSMP

GPS

Ranking Daerah

2010

0

0

45.1

3.39

129

2011

1

1.61

54.84

2.93

83



3 Pelajar Terbaik

Nor Syairah Bt Sayuti - 8A
Muhammad Muqri B Nordin - 7A 1B
Halimahtum Bt Maharudin - 6A 2B


Standard Guru Malaysia 2011

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Semua guru SMKTI
wajib mengisi SGM sebelum 31/12/2011.

Taip url http://apps1.moe.gov.my/sgm/

(Nota: Jika lupa password sila klik daftar pengguna dan baca arahan seterusnya)