Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-6/2012

Tarikh : 23 Februari 2012 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Tun Indera
Perasmian oleh : YB Tn Hj Rozi bin Hj Mamat, A.M.T
(Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Telemong merangkap Exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu)

Pelancaran Minggu Antidadah 2012

Tarikh : 19 Februari 2012 (Ahad)
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dewan Tun Indera

Kejohanan Sepak Takraw MSSDHT 2012

Pada 23 dan 24 Februari 2012 telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw MSSDHT 2012 di Dewan Tun Indera. Kejohanan ini menyaksikan Johan B15 dimenangi oleh pasukan dari SMK Jenagor manakala Johan B18  dimenangi oleh pasukan SMK Menerong. Walau bagaimanapun, tahniah kepada pasukan B15 sekolah yang telah mencuba sebaik mungkin dan berjaya mendapat tempat ketiga bersama SMK Tengku Ampuan Intan. Semoga usaha akan digandakan lagi bagi meningkatkan prestasi dan mutu permainan.
Penyampaian hadiah di Perhimpunan Mingguan oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Mohd Shariff bin Ab Latif kepada pasukan B15.

Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2012M

Tarikh : 9 Februari 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : DewanTun Indera dan Pondok Darul Iman YIT
Anjuran Bersama : SMK Tun Indera dan Pondok Darul Iman YIT
Bacaan doa oleh Ustaz Kamarudin diikuti bacaan selawat oleh semua guru dan pelajar
Pelajar dari Pondok Darul Iman, SK Cheting dan SK Padang Setar turut hadir
Ceramah disampaikan oleh Mudir Pondok Darul Iman iaitu En Zulkifli bin Ya'akub
Bersiap sedia untuk perarakan
Perarakan disertai selawat bermula dari SMK Tun Indera ke Pondok Darul Iman


Gotong-royong memasak untuk jamuan
Bacaan tahlil di surau Pondok Darul Iman
Pelajar menjamu selera di khemah jamuan
 Penyampaian hadiah kepada Pasukan Perarakan Terbaik oleh Tuan Pengetua di Perhimpunan Mingguan pada 19 Februari 2012 (Ahad).

Pelancaran Tun Indera Cemerlang (TIC) 2012

Tarikh : 16 Februari 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Indera
Perasmian oleh : Tn Haji Shafruddin Bin Hj Ali Hussin
(Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu)