Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

Program Kunjungan Mesra ke Masjid Cheting


Program Kunjungan Mesra merupakan salah satu program yang diisi dalam Program Hubungan Komuniti. Dengan kerjasama dari pihak PIBG, pengurusan sekolah akan berkunjung ke kampung-kampung untuk bertemu dengan ibu bapa semua anak-anak yang sedang belajar di SMK Tun Indera.

Program ini bertujuan :
1) Untuk mengeratkan ikatan silaturahim antara ibubapa/penjaga dengan pihak sekolah.
2) Untuk memaklumkan status semasa dan perkembangan sekolah terkini.
3) Untuk memberi Laporan Prestasi Pelajar secara keseluruhan berkaitan pencapaian akademik, kokurikulum dan juga pembangunan sahsiah.
4) Untuk memaklumkan kepada ibubapa/penjaga berkaitan program-program semasa yang akan dilaksanakan di sekolah.

Bermula 6 Mac 2011, pihak sekolah telah memulakan program ini dengan mengunjungi Masjid Cheting sebagai destinasi pertama dan akan diikuti dengan kampung Padang Setar, Kampung Pelandan, Kampung Kemat, Kampung Durian Bador, Kampung Sekayu, Kampung Kuala Menjing, Kampung Bukit Gemuroh dan Kampung Chekering.

No comments:

Post a Comment