Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

Kursus Pengurusan Jenazah

Tarikh : 4 Ogos 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Tun Indera dan Surau
Penceramah : Ustaz Mohd Afendi bin Hanafi dan Ustazah Robeah bt Mohd Nor (Majlis Agama Daerah Hulu Terengganu)

Menguruskan jenazah adalah merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Namun, dalam keadaan sekarang, terlalu tipis kesedaran di kalangan generasi muda untuk mempelajari seterusnya melaksanakan tanggungjawab ini. Mereka hanya menyerahkan tugas menguruskan jenazah kepada generasi yang lebih tua. Oleh itu, atas tanggungjawab untuk memperluaskan ilmu pengurusan jenazah ini kepada pelajar, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu Kursus Pengurusan Jenazah bagi memberi bimbingan dan panduan dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi keadaan yang bakal dialami oleh setiap orang.

Dengan adanya kursus ini diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan agar dapat membantu menguruskan jenazah sekiranya berlaku kematian. Di samping itu juga, diharap ianya menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia untuk menuruti jejaknya suatu hari nanti.


No comments:

Post a Comment