Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

Majlis Watikah Pelantikan Pusat Sumber Sekolah 2011

Tarikh : 16 Januari 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Indera

Majlis Perpisahan Encik Alias





16 Januari 2011 - Pihak sekolah telah megadakan Majlis Perpisahan Pengetua ke-3 SMK Tun Indera iaitu En Alias Bin Talib. Beliau telah ditukarkan ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dengan memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah. Majlis dimulai dengan perarakan Tuan Pengetua oleh guru-guru dan wakil PIBG dengan iringan paluan kompang dan pembawa bunga manggar ke Dewan Tun Indera. Setelah itu majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En Baharuddin B Ali. Majlis diserikan lagi dengan ucapan wakil pelajar, wakil Kelab Staf, wakil PIBG, PK Kokurikulum, PK HEM, PK Pentadbiran dan ucapan yang ditunggu-tunggu iaitu amanat terakhir Tn Pengetua sebelum meninggalkan SMKTI. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian kad oleh wakil pelajar dan cenderahati oleh wakil Kelab Staf. Bagi menghidupkan lagi suasana, 2 orang pelajar menyampaikan sajak yang ditujukan khas kepada Tn pengetua dan kemuncaknya ialah persembahan multimedia yang memaparkan biodata serta aktiviti Tn Pengetua sepanjang 1 tahun 8 bulan beliau berada di SMKTI. Selepas selesai tayangan, semua pelajar beserta guru ke surau SMKTI untuk menunaikan solat Zohor bersama-sama .Akhirnya acara bersalaman bersama Tn Pengetua diadakan sebagai penutup majlis ini. Berbagai reaksi guru dan pelajar semasa acara bersalaman dan ucapan terakhir bersama Tn Pengetua. Semoga En Alias dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sukses di tempat baru.

Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Majlis Penyerahan Mentor Mentee

Tarikh : 16 Januari 2011 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Indera

Program Memperkasakan Tekad Untuk Cemerlang

Tarikh : 3 Januari 2011 (Isnin)
Masa : 10.30 pagi - 2.20 petang
Tempat : Dewan Tun Indera
Penceramah : Ustaz Mizan

Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2011

Tarikh : 9 Januari 2011 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Tun Indera
Disempurnakan oleh : En Alias Bin Talib, Pengetua SMK Tun Indera