Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

Kejohanan Badminton MSSMDHT 2011


SMK Tun Indera buat kali pertama menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Badminton MSSMD Hulu Terengganu bagi tahun 2011. Kejohanan tersebut telah dianjurkan dengan jayanya pada 22 hingga 24 Mac 2011 bertempat di Dewan Tun Indera (perempuan) dan Dewan Intan, SMK Tengku Ampuan Intan (lelaki), bertujuan untuk memilih wakil Daerah Hulu Terengganu ke pertandingan peringkat negeri. Terdapat 13 buah sekolah yang menyertai pertandingan ini iaitu SMK Tengku Ampuan Intan, SMK Seri Berang, SMK Matang, SMK Ajil, SMK Menerong, SMK Landas, Imtiaz, SMK Jenagor, SMK Kuala Jeneris, SMK Kuala Telemong, SMA Mahmudiah, MRSM Kuala Berang dan juga tuan rumah SMK Tun Indera.

Terdapat empat acara yang dipertandingkan antaranya individu bawah 18 dan 15 dan beregu bawah 18 dan 15 bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan. Pasukan sekolah berjaya mendapat johan BL 18, tempat ketiga PL 15, BP 15 dan BP 18.

Tahniah kepada semua pihak yang mengembelingkan tenaga menjayakan kejohanan tersebut.

No comments:

Post a Comment