Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

Sambutan Hari Koperasi Sekolah(HKS) 2013 dan Mesyuarat Agung Koperasi SMKTI Kali ke 6

Pada 25 Jun 2013
Perasmian Oleh : Pn. Wan Fazida bt Wan Awang
Penolong Pengarah SKM

Acara Hari Koperasi Sekolah(HKS)
7.30 - 8.10 pagi        : Perhimpunan Pagi, Keceriaan Kelas
8.15 - 8.20               : Pelajar Berkumpul di Dewan Tun Indera
8.30                          : Ketibaan Pengawai SKM                     
           Bacaan Doa oleh Ustaz Kamaruddin
8.40 - 9.15               : Bacaan Perutusan Hari Koperasi
           daripada ANGKASA
                                 : Bacaan Perutusan Hari Koperasi daripada
           Menteri Koperasi dan Kepenggunaan
        : Bacaan Perutusan Hari Koperasi daripada
          Menteri Pelajaran
                               : Perasmian Hari Koperasi Peringkat
                                Sekolah oleh Tuan Pengetua
9.15 - 10.30           : Mesyuarat Agong Koperasi
10.30 - 11.00         : Rehat
11.00 - 1.20           :  Sukan dan Permainan dan Pameran Jabatan Kasihatan Daerah H Trg
1.20 - 2.30             :  Rehat, Solat Zohor dan Bacaan Yassin
                                  Acara Menanam Pokok Sempena Hari Koperasi Sekolah









Tahniah SMKTI kerana memenangi Anugerah Pertandingan Keceriaan Sekolah sempena Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2013.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SMK Tun Indera kerana memenangi Anugerah Kelas Kondusif Terbaik, Bilik Sumber PPDa  Terbaik dan Bilik Kaunseling Terbaik dalam Pertandingan Keceriaan Sekolah sempena Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2013.

 TI Boleh......







XPDC Mendaki Gunung Tebu 2013

Tahniah kepada pasukan Pendakian Gunung Tebu SMK Tun Indera yang telah berjaya menawan puncak  Gunung Tebu pada 10 Mei 2013.






Pelancaran Program Guru Penyayang


Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang telah disempurnakan oleh Pengetua
SMK Tun Indera Puan. Hajjah Norlia bt Mat Zin pada 7 April 2013 di Dewan Tun Indera.


"GURU PENYAYANG  MURID BERKUALITI"



Keputusan SPM 2012


Sekalung tahniah diucapkan kepada calon SPM 2012 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kedudukan SMK Tun Indera telah meningkat ke tempat ke 7 daripada 15 dalam Analisis Pencapaian Keseluruhan Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu dengan Gred Purata 5.5  dan 91% layak mendapat Sijil SPM. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang telah berusaha bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan pelajar-pelajar. 

MRS
Unit ICT SMKTI

Kejohanan Olahraga MSSDHT kali ke 48 Tahun 2013

Tahniah dan syabas di atas kejayaan pasukan sekolah memperolehi 5 emas, 10 perak dan 11 gangsa sekaligus berada di tempat ke 4 kategori sekolah menengah di Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Terengganu Kali ke-48 yang diadakan bermula 11 Mac hingga 14 Mac 2013 bertempat di Padang SMK Jenagor. Tahniah juga diucapkan kepada Che Mohd Riduan Arif Che Mat kerana telah berjaya memecah rekod Daerah Hulu Terengganu dalam acara 1500m L15 dan juga 4 orang peserta iaitu Maslinda,Amani, Zainiros dah Syahadah dalam acara 4 x 100m p18 kerana telah memecahkan rekod Daerah Hulu Terengganu.