Jalan Pelandan, 21700 Kuala Berang, Terengganu Darul Iman No.Tel: 09-6812236 No.Fax: 09-6812248 Email: smktunindera@gmail.com
Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.
XPDC Mendaki Gunung Tebu 2013
Tahniah kepada pasukan Pendakian Gunung Tebu SMK Tun Indera yang telah berjaya menawan puncak Gunung Tebu pada 10 Mei 2013.
Pelancaran Program Guru Penyayang
Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang telah disempurnakan oleh Pengetua
SMK Tun Indera Puan. Hajjah Norlia bt Mat Zin pada 7 April 2013 di Dewan Tun Indera.
"GURU PENYAYANG MURID BERKUALITI"
Keputusan SPM 2012
Sekalung tahniah diucapkan kepada calon SPM 2012 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kedudukan SMK Tun Indera telah meningkat ke tempat ke 7 daripada 15 dalam Analisis Pencapaian Keseluruhan Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu dengan Gred Purata 5.5 dan 91% layak mendapat Sijil SPM. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang telah berusaha bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan pelajar-pelajar.
MRS
Unit ICT SMKTI
Kejohanan Olahraga MSSDHT kali ke 48 Tahun 2013
Tahniah dan syabas di atas kejayaan pasukan sekolah memperolehi 5 emas, 10 perak dan 11 gangsa sekaligus berada di tempat ke 4 kategori sekolah menengah di Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Terengganu Kali ke-48 yang diadakan bermula 11 Mac hingga 14 Mac 2013 bertempat di Padang SMK Jenagor. Tahniah juga diucapkan kepada Che Mohd Riduan Arif Che Mat kerana telah berjaya memecah rekod Daerah Hulu Terengganu dalam acara 1500m L15 dan juga 4 orang peserta iaitu Maslinda,Amani, Zainiros dah Syahadah dalam acara 4 x 100m p18 kerana telah memecahkan rekod Daerah Hulu Terengganu.
Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS SMK Tun Indera 2013
Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan dan Ikrar Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS 2013 telah diadakan di Dewan Tun Indera pada 10 Mac 2013. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengetuan SMK Tun Indera iaitu Pn. Hj. Norlia bt Mat Zin.
Pertandingan Pesta Pantun Daerah Hulu Terengganu
Tarikh : 7 Mac 2013 (Khamis)
Tempat : Dewan Gemilang, SMK Seri Berang (Pertandingan akhir)
Tahniah kepada pemantun-pemantun SMK Tun Indera yang telah memenangi tempat ke-3 bersama IMTIAZ Kuala Berang dalam Pertandingan Pesta Pantun Daerah Hulu Terengganu Tahun 2013. Semoga ia menjadi landasan untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang untuk tahun hadapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)