Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.
3 Ogos - En Ali bin Mamat, Penolong Kanan Kokurikulum menyerahkan wang zakat Koperasi SMK Tun Indera kepada Tuan Pengetua, Tn Hj Mohd Shariff bin Latif
KUALA BERANG - 14 JUN SMK Tun Indera telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah Pertandingan Forum Remaja Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu. Pasukan Forum SMK Tun Indera telah berjaya mendapat Tempat ke-3 dan adik Mohammad Amirul Ikram bin Mat Azan terpilih sebagai Pengacara Forum Terbaik dalam pertandingan ini. Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Tun Indera, SMK Tun Indera. Sebanyak 8 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam pertandingan forum yang diadakan. Warga SMK Tun Indera mengucapkan tahniah kepada pasukan forum sekolah dan guru-guru yang terlibat.