Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

Keputusan SPM 2012


Sekalung tahniah diucapkan kepada calon SPM 2012 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kedudukan SMK Tun Indera telah meningkat ke tempat ke 7 daripada 15 dalam Analisis Pencapaian Keseluruhan Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu dengan Gred Purata 5.5  dan 91% layak mendapat Sijil SPM. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang telah berusaha bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan pelajar-pelajar. 

MRS
Unit ICT SMKTI

Kejohanan Olahraga MSSDHT kali ke 48 Tahun 2013

Tahniah dan syabas di atas kejayaan pasukan sekolah memperolehi 5 emas, 10 perak dan 11 gangsa sekaligus berada di tempat ke 4 kategori sekolah menengah di Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Terengganu Kali ke-48 yang diadakan bermula 11 Mac hingga 14 Mac 2013 bertempat di Padang SMK Jenagor. Tahniah juga diucapkan kepada Che Mohd Riduan Arif Che Mat kerana telah berjaya memecah rekod Daerah Hulu Terengganu dalam acara 1500m L15 dan juga 4 orang peserta iaitu Maslinda,Amani, Zainiros dah Syahadah dalam acara 4 x 100m p18 kerana telah memecahkan rekod Daerah Hulu Terengganu.






Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS SMK Tun Indera 2013

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan dan Ikrar Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS 2013 telah diadakan di Dewan Tun Indera pada 10 Mac 2013. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengetuan SMK Tun Indera iaitu Pn. Hj. Norlia bt Mat Zin.





Pertandingan Pesta Pantun Daerah Hulu Terengganu

Tarikh : 7  Mac 2013 (Khamis)
Tempat : Dewan Gemilang, SMK Seri Berang (Pertandingan akhir)

Tahniah kepada pemantun-pemantun SMK Tun Indera yang telah memenangi tempat ke-3 bersama IMTIAZ Kuala Berang dalam Pertandingan Pesta Pantun Daerah Hulu Terengganu Tahun 2013. Semoga ia menjadi landasan untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang untuk tahun hadapan.





Kejohanan Merentas Desa Negeri Terengganu

1. Siti Nabilah bt  Mahari telah mendapat tempat ke 8 (P15) 

2. Penerims Sijil Penyertaan adalah :
- Fatihah Ismail
-Rahmat Makasuf
- Che Mohd Redewan Arif 





Mesyuarat Agung PIBG SMK Tun Indera Kali ke 7 sessi 2012/2013

Pada 21 Februari 2013 (Khamis) 2.30 Petang
Dewan Tun Indera

Perasmian Oleh : Tn. Hj. Mohd Nor bin Othman AMN.PJK.PJC
Ahli Parlimen Hulu Terengganu






Kejohanan Merentas Desa MSSDHT di SMK Ajil

Pada 7 Februari 2013 telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa MSSDHT  di SMK Ajil. Kejohanan ini wakil SMK Tun Indera iaitu :

1) Rahmat bin Maksuh telah memenangi  tempat ke  3 (L18)
2) Nor Fatihah bt Ismail memenangi tempat  ke 2 (P15)
3) Siti Nabilah bt Mahari memenangi tempat ke 3 (P15)
4) Norsazwani bt Mustafa memenangi tempat ke 8 (P15)

Tahniah kpd pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah 

- Laporan drp Wartawan Lokasi