Jalan Pelandan, 21700 Kuala Berang, Terengganu Darul Iman No.Tel: 09-6812236 No.Fax: 09-6812248 Email: smktunindera@gmail.com
Hari Pertama Persekolahan Sesi 2012
Sesi persekolahan bagi tahun 2012 bermula pada hari Selasa 3 Januari 2012. Bermula dengan perhimpunan pagi dengan nyanyian lagu patriotik, bacaan doa, pesanan dari Penolong Kanan Kokurikulum, En Ali Bin Mamat, Penolong Kanan HEM, Pn Normawati Binti Mohd Noor, Penolong Kanan Pentadbiran, Hajah Aminah Binti Chek dan ucapan Tuan Pengetua, Tn Hj Mohd Shariff Bin Ab Latif. Turut diperkenalkan dua orang guru baru, En Muhammad Razi@Nor Razi bin Sulaiman dan Encik Saidi Bin Tahir yang bakal mencurahkan khidmat di SMK Tun Indera. Pengumuman dan penyampaian sijil kepada 3 orang pelajar cemerlang PMR 2011 turut diadakan bagi mengiktiraf kecemerlangan mereka.
Selamat Kembali ke Sekolah
"Kepada semua warga SMKTI, tahun 2012 sedia menanti untuk kita memulakan sesi persekolahan baru dengan azam dan semangat yang diperbaharui. Marilah kita bersama meletakkan harapan untuk menjulang kecemerlangan sekolah dalam apa jua bidang dan pertandingan yang disertai." - Tn Hj Mohd Shariff bin Latiff, Pengetua SMKTI
Pelaksanaan Projek Perkhidmatan Rangkaian 1BestariNet
Pendaftaran Sesi Persekolahan 2012
Keputusan PMR Tahun 2011
Pada tahun ini seramai 63 orang calon menduduki peperiksaan PMR. Secara keseluruhannya, keputusan PMR tahun 2011 meningkat dari segi peratus kelulusan serta peningkatan GPS. Peratus kelulusan PMR telah meningkat sebanyak 9.74% dan peningkatan GPS pula adalah sebanyak 0.46 berbanding tahun 2010. Kedudukan SMK Tun Indera dalam negeri turut lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesemua matapelajaran turut menunjukkan peningkatan kelulusan iaitu Bahasa Melayu (6.2%), Bahasa Inggeris (3.2%), Sejarah (19.6%), Geografi (1.7%), Matematik (16%), Sains (2.7%) dan Pendidikan Islam (11.5%).
Pihak sekolah merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada guru dan calon yang mendapat keputusan yang cemerlang. Bagi pelajar yang kurang bernasib baik, perbaiki dan tingkatkan usaha pada peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah perbandingan keputusan PMR tahun 2010 dan 2011 serta senarai 3 pelajar terbaik
Tahun | Semua A | % Semua A | % LSMP | GPS | Ranking Daerah |
2010 | 0 | 0 | 45.1 | 3.39 | 129 |
2011 | 1 | 1.61 | 54.84 | 2.93 | 83 |
Standard Guru Malaysia 2011
