Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

Penyerahan Zakat Koperasi SMK Tun Indera

3 Ogos - En Ali bin Mamat, Penolong Kanan Kokurikulum menyerahkan wang zakat Koperasi SMK Tun Indera kepada Tuan Pengetua, Tn Hj Mohd Shariff bin Latif

Pertandingan Forum Remaja Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Hulu Terengganu 2011


KUALA BERANG - 14 JUN SMK Tun Indera telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah Pertandingan Forum Remaja Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu. Pasukan Forum SMK Tun Indera telah berjaya mendapat Tempat ke-3 dan adik Mohammad Amirul Ikram bin Mat Azan terpilih sebagai Pengacara Forum Terbaik dalam pertandingan ini. Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Tun Indera, SMK Tun Indera. Sebanyak 8 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam pertandingan forum yang diadakan. Warga SMK Tun Indera mengucapkan tahniah kepada pasukan forum sekolah dan guru-guru yang terlibat.

Lagu Sekolah


Tun Indera nama terbilang

Melakar sejarah tempat perjuangan

Taat setia ikrar tersemat

Amalan mulia memupuk ukhwah

Bersama menuju kejayaan.


Tun Indera sekolah tercinta

Tempat menjana minda intelek

Melahir putera-puteri perkasa 2X

Disiplin unggul mengenal budi

Tun Indera kebanggaan kami


Intelek


Perkasa


Budi