Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

TAHNIAH...

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SMK Tun Indera kerana memenangi Anugerah Kelas Kondusif Terbaik, Bilik Sumber dan Bilik Guru Terbaik dalam Pertandingan Keceriaan Sekolah sempena Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2012.

Majlis Penyerahan Netbook 1 Malaysia Hulu Terengganu (DUN Telemong)

14 Mei 2012 - Bertempat di Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jenagor, Hulu Terengganu, satu majlis penyerahan netbook 1 Malaysia bagi kawasan DUN Telemong telah diadakan. Seramai 104 orang pelajar SMK Tun Indera telah menerima netbook dalam majlis tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Haji Mohd Nor Othman. Diharapkan netbook yang diterima ini dimanfaatkan oleh pelajar untuk meningkatkan lagi pencapaian dalam bidang akademik, sahsiah dan disiplin.






Tema Hari Guru 2012


GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Lagu Tema Hari Guru 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

 Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti Melahirkan Guru Inovatif

Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan Merentasi Segala Harapan

Lagu : Rosman bin Adam Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof

Kem Perdana 2012

1. Taklimat Peserta Kem

Tarikh : 29 April 2012 (Selasa)
Tempat : Makmal Bahasa






2. Taklimat Guru

Tarikh : 30 April 2012 (Rabu)
Tempat : Makmal Bahasa





3. Kem Perdana 2012

Tarikh : 3 hingga 5 Mei 2012 (Rabu)
Tempat : Kuala Jengal, Dungun