Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

Bengkel LADAP (Eduwebtv Version 2.0)

Tarikh      : 28 Januari 2012 (Sabtu)
Tempat    : Bilik Hypermedia SK Kuala Berang
Masa       : 8.00 pagi - 4.00 petang
Fasilitator : En Mazli Bin Saad, PTP PKG Kuala Berang



Orientasi Tingkatan 1

Tarikh    : 3-5 Januari 2012
Tempat  : Dewan Tun Indera

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2012



Sesi persekolahan bagi tahun 2012 bermula pada hari Selasa 3 Januari 2012. Bermula dengan perhimpunan pagi dengan nyanyian lagu patriotik, bacaan doa, pesanan dari Penolong Kanan Kokurikulum, En Ali Bin Mamat, Penolong Kanan HEM, Pn Normawati Binti Mohd Noor, Penolong Kanan Pentadbiran, Hajah Aminah Binti Chek dan ucapan Tuan Pengetua, Tn Hj Mohd Shariff Bin Ab Latif. Turut diperkenalkan dua orang guru baru, En Muhammad Razi@Nor Razi bin Sulaiman dan Encik Saidi Bin Tahir yang bakal mencurahkan khidmat di SMK Tun Indera. Pengumuman dan penyampaian sijil kepada 3 orang pelajar cemerlang PMR 2011 turut diadakan bagi mengiktiraf kecemerlangan mereka.
Selepas perhimpunan, semua pelajar dan guru beredar ke surau untuk menunaikan solat Hajat dan bacaan Yasiin.