Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

Kejohanan Badminton MSSMDHT 2011


SMK Tun Indera buat kali pertama menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Badminton MSSMD Hulu Terengganu bagi tahun 2011. Kejohanan tersebut telah dianjurkan dengan jayanya pada 22 hingga 24 Mac 2011 bertempat di Dewan Tun Indera (perempuan) dan Dewan Intan, SMK Tengku Ampuan Intan (lelaki), bertujuan untuk memilih wakil Daerah Hulu Terengganu ke pertandingan peringkat negeri. Terdapat 13 buah sekolah yang menyertai pertandingan ini iaitu SMK Tengku Ampuan Intan, SMK Seri Berang, SMK Matang, SMK Ajil, SMK Menerong, SMK Landas, Imtiaz, SMK Jenagor, SMK Kuala Jeneris, SMK Kuala Telemong, SMA Mahmudiah, MRSM Kuala Berang dan juga tuan rumah SMK Tun Indera.

Terdapat empat acara yang dipertandingkan antaranya individu bawah 18 dan 15 dan beregu bawah 18 dan 15 bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan. Pasukan sekolah berjaya mendapat johan BL 18, tempat ketiga PL 15, BP 15 dan BP 18.

Tahniah kepada semua pihak yang mengembelingkan tenaga menjayakan kejohanan tersebut.

Keputusan SPM 2010

Tahniah dan syabas kepada semua calon SPM 2010 yang telah berjaya. Diharap kejayaan yang dicapai akan menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada calon-calon SPM tahun ini.


TAHUN

PERATUS LULUS

SUBJEK

2007

2008

2009

2010

BAHASA MELAYU

88.1

87.84

92.98

92.65

BAHASA INGGERIS

48.81

49.32

52.63

54.41

PEND. ISLAM

91.57

78.08

87.72

83.82

SEJARAH

51.19

65.75

68.42

70.59

MATEMATIK

55.95

61.64

75.44

89.71

SAINS

86.9

84.93

91.23

98.53

KESUSAS. MELAYU

43.64

PEND SENI & VISUAL

98.81

97.22

98.25

95.59

PERDAGANGAN

100

54.9

64.9

73.3

EKONOMI ASAS

100

90

95.65

PENGAJ SAINS SUKAN

100

100

100

TASAWWUR ISLAM

92.86

68.63

86.49

93.33

LAYAK SPM / NGPS

88.1

87.84

92.98

92.65



Senarai pelajar terbaik SPM 2010

NAMA PELAJAR

KEPUTUSAN

Wan Safiah Bt Wan Lazim

2A, 4A-, 1B+, 1C+, 1C

Nor Bahiah Bt Samsudin

3A, 2A-, 1B+, 1B, 1C+, 1C

Aida Sakira Bt Mamat

3A, 2A-, 1B+, 1B, 1C, 1D

Shafiqa Nur Ain Bt Saffie

1A, 4A-, 1B+, 1B, 1D

Motivasi SPM dan PMR

Tarikh : 21 Februari 2011
Masa : 12.00 t/hari
Tempat : Dewan Tun Indera

Kunjungan Mesra ke Masjid Padang Setar

Ceramah Halatuju Kerjaya Bersama PTPL

Tarikh : 8 Mac 2011
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Indera
Penceramah : Zuliya Aini Bt Ahmad Tarmizi (PTPL Kuala Terengganu)
Tajuk Ceramah : Gerbang Kerjaya Bidang Hospitaliti

Program Kunjungan Mesra ke Masjid Cheting


Program Kunjungan Mesra merupakan salah satu program yang diisi dalam Program Hubungan Komuniti. Dengan kerjasama dari pihak PIBG, pengurusan sekolah akan berkunjung ke kampung-kampung untuk bertemu dengan ibu bapa semua anak-anak yang sedang belajar di SMK Tun Indera.

Program ini bertujuan :
1) Untuk mengeratkan ikatan silaturahim antara ibubapa/penjaga dengan pihak sekolah.
2) Untuk memaklumkan status semasa dan perkembangan sekolah terkini.
3) Untuk memberi Laporan Prestasi Pelajar secara keseluruhan berkaitan pencapaian akademik, kokurikulum dan juga pembangunan sahsiah.
4) Untuk memaklumkan kepada ibubapa/penjaga berkaitan program-program semasa yang akan dilaksanakan di sekolah.

Bermula 6 Mac 2011, pihak sekolah telah memulakan program ini dengan mengunjungi Masjid Cheting sebagai destinasi pertama dan akan diikuti dengan kampung Padang Setar, Kampung Pelandan, Kampung Kemat, Kampung Durian Bador, Kampung Sekayu, Kampung Kuala Menjing, Kampung Bukit Gemuroh dan Kampung Chekering.