Selamat Datang ke Blog SMK Tun Indera. Terima kasih kerana melayari blog ini. Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox atau Google Chrome.

Pertukaran Nama SMK Tersat ke SMK Tun Indera

Mulai 26 Julai 2010, Sekolah Menengah Kebangsaan Tersat adalah dikenali dengan nama baru Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Indera, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Temu Murni SPM dan PMR Kali ke-2/2010





Pada 11 Julai 2010,SMK Tersat telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi pelajar-pelajar yang telah berjaya di dalam peperiksaan dan Temu Murni SPM dan PMR Kali ke-2/2010 bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan umum pada tahun ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu iaitu Tn Hj Mohd Nor B Othman.

Majlis Anugerah Kecemerlangan ini merupakan satu penghargaan bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah berusaha sehingga mendapat keputusan yang cemerlang.Tahniah kepada pelajar-pelajar yang menerima anugerah.Diharap anugerah ini dapat menjadi suntikan semangat untuk mereka berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.

Pertandingan Melukis Poster Sempena Bulan Disiplin 2010


13 Jul 2010 - Pertandingan yang bermula pada pukul 2.45 petang ini melibatkan semua pelajar SMK Tersat dan telah diadakan di Dewan Terbuka.